NasionalPolitik

Pas sangkal wakil rakyatnya bagi sokongan pada Anwar Ibrahim

DAKWAAN Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bagi membentuk kerajaan disangkal oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pas mengesahkan tiada seorang pun wakil rakyatnya menyokong Anwar, tidak lama selepas Presiden PKR itu mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan dan majority kukuh dan meyakinkan bagi membentuk kerajaan.

Untuk rekod, semua 18 Ahli Parlimen Pas tidak memberi sokongan dan sekaligus, tidak bersama-sama dengan Anwar seperti mana didakwa.

Dengan kenyataan Anwar Ibrahim tengah hari tadi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sudah ‘tumbang’.

Bagaimanapun, kenyataan penuh Pas akan menyusul nanti. – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button