Hiburan

Dua rockers bakal gegarkan Stadium Malawati Shah Alam!

GABUNGAN antara dua kumpulan rock terkenal tanah air, Search dan Babarik bakal mengegarkan Stadium Malawati Shah Alam pada 5 Ogos 2023 ini bertemakan ‘Double Trouble 2’.

Gabungan antara dua kumpulan, Search dan Babarik

SEARCH satu jenama yang sebati dengan arena rock akan tampil di pentas diterajui oleh Din (gitar) bersama Kid (gitar), Yan (bass), Firdaus (keyboard), Minn (drums) dan vokalis sensasi baru mereka Denden.

BARBARIK pula diterajui oleh Joe Branko (gitar) bersama Adi (keyboards), Ruzaimie (bass), Ainol (drums) dan vokalis legenda Muss.

Persembahan berdurasi selama 150 minit ini akan menghidangkan sekitar 26 karya lagu-lagu mereka yang kebanyakannya sentiasa bermain di minda kita.

Kelibat 5 orang legenda rock tanahair iaitu Din, Kid, Joe Branko, Yan dan Muss dalam kelas mereka yang tersendiri pasti akan memberi impak besar dalam persemba- han dan kepuasan kepada para rocker yang hadir. Satu persembahan yang pasti diimpikan dan kini akan menjadi kenyataan.

Konsert Double Trouble 2 dianjurkan oleh Alpha Nation manakala pengurusan produksi oleh Laskhar Enter- tainment dan Playmad Sdn Bhd.

Noordin (Din) gitaris SEARCH berpendapat bahawa kelebihan Konsert Double Trouble 2 ini adalah menampilkan vokalis dan pemuzik berbakat generasi baru selepas mereka seperti Denden dan Minn dari Search serta Ainol, Adi dan Rozaimie dari BARBARIK. Beliau yakin pasti ada kejutan dalam konsert ini nanti dan akan menjanjikan kepuasan kepada para penonton.

Bersedia. DOUBLE TROUBLE 2 . SEARCH & BARBARIK akan melakar satu lagi sejarah industri muzik tempatan

Artikle Berkaitan ;>

 

Rockestra: Suatu penantian dan keajaiban gabungan muzik rock serta orkestra

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button