Rencah Hidup

Adam Liaw: Dari masakan Scandinavia ke Jepun, kini Malaysia

SESIAPA yang menonton rancangan di saluran Nat Geo People dan AFN (Asian Food Channel) tidak lagi asing dengan cef terkemuka Adam Liaw.

Sebelum ini chef kelahiran Pulau Pinang itu mengacarakan rancangan masakan popular Destination Flavour: Japan, Destination Flavour: Scandinavia dan Hidden Japan with Adam Liaw.

Dalam siri-siri masakannya, Adam yang juga juara Masterchef Australia musim kedua bukan sahaja berkongsi resepi tetapi juga menampilkan tempat-tempat menarik negara yang menjadi lokasi dan latarbelakang pengambaran rancangan tersebut.

Program televisyennya bukan hanya semata-masa mengenai masakan tetapi juga mengenai budaya dan cara hidup masyarakat setempat.

Gayanya yang bersahaja dengan penerangan yang mendalam menjadikan rancangan yang hoskan oleh Adam ditonton oleh berjuta orang di seluruh dunia.

Dan selepas bertahun-tahun berkelanan berkongsi masakan ikonik negara luar, Adam akhirnya akan memberi tumpuan terhadap masakan tempat kelahirannya, Malaysia.

Adam menerima geran sebanyak A$394,900 (RM1.18 juta) ari Australian Foreign Affairs and Trade Department bagi menerbitkan rancangan televisyen tersebut. Nama program berkenaan masih lagi dalam senarai antaranya termasuk Adam Liaw’s Heritage Kitchen.

Adam, 42  dan keluarganya berhijrah ke Adelaide, Australia ketika usianya tiga tahun. Bapanya, Dr. Siaw Lin Liaw berketurunan Cina manakala ibunya, Dr. Joyce Hill berketurunan Inggeris berasal dari Singapura.

Selepas menjuarai program masakan terkenal itu, Adam turut mengeluarkan beberapa buku masakan selain bergelar kolumnis bagi membicarakan tentang dunia kulinari.-SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button