Ekonomi

COVID-19: Maklum kepada kerajaan impak ekonomi – Mustapa

KERAJAAN telah menubuhkan satu platform khusus untuk orang ramai untuk berkongsi maklum balas bagi menstabil dan mengukuhkan ekonomi negara khususnya ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, maklum balas yang dikemukakan akan diperinci untuk dijadikan input kepada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi atau Economic Action Council (EAC) yang diadakan pada setiap minggu.

“Mulai hari ini orang ramai dan sektor swasta dipelawa untuk berkongsi maklum balas dengan Sekretariat EAC melalui www.mea.gov.my/ms/ekonomikita,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Platform berkenaan, jelas beliau, diwujudkan hasil daripada mesyuarat pertama EAC pada 16 Mac yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Ia, kata beliau, bertujuan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan serta meningkat keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara. – SM

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button