Nasional

Adakah Pfundhelle ada lesen Finas hasilkan dokumentari?

“Adakah Dr Dustin Pfundhelle punyai lesen FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) untuk hasilkan video dokumentari ini?”

Itu soalan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen PKR Fahmi Fadzil berhubung sebuah video yang dihasilkan oleh seorang rakyat Amerika Syarikat yang menonjolkan 15 kesalahan yang dilakukan dalam dokumentari Aljazeera mengenai Malaysia.

“Adakah Dr Dustin Pfundhelle punyai lesen FINAS untuk hasilkan video dokumentari ini?

“@saifuddinabd tidak menjawab soalan tambahan saya dengan jelas dalam Dewan Rakyat sebentar tadi. Saya percaya Dr Dustin tiada lesen FINAS tersebut,” ciap Ahli Parlimen Lembah Pantai itu di Twitternya.

 

.

Persoalan itu dilontar oleh Fahmi berikutan jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah bahawa, segala bentuk penggambaran memerlukan lesen Finas, termasuk rakaman media sosial peribadi.

“Penerbit filem, wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media personal yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

“Kita memang galakkan semua orang kecil besar, tua muda, individu atau organisasi untuk mengeluarkan apa-apa jenis filem seperti yang saya petik tadi asalkan ikut undang-undang sedia ada,” kata Saifuddin semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawap soalan tambahan, Fahmi yang bertanya adakah Pfundheller mempunyai lesen Finas, Saifuddin berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan jika ada aduan, tindakan akan diambil.

Dalam Twitternya, Fahmi turut mempersoalkan tindakan agensi berita milik kerajaan, Bernama berkongsi video Pfundhelle.

“Lagi menarik, adakah Dr Dustin melanggar apa-apa undang-undang hakcipta (copyright) kerana menggunakan klip Aljazeera? Apakah beliau terima kebenaran? “Adakah @BernamaTV sedar tentang implikasi isu copyright ini? tanya Fahmi

Daam videonya, Pfundhelle memberikan 15 fakta kesilapan laporan Al Jazeera bertajuk ‘Locked up in Malaysia’s Lockdown’.

Menurut Pfundhelle laporan Al Jazeera mempunyai banyak kesilapan mengenai usaha Malaysia membendung Covid-19.

Laporan dokumentari yang disiarkan di Al Jazerra bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sehingga laman Facebook dan YouTube agensi asing itu ‘diserang’ oleh rakyat Malaysia.

Video berdurasi 25 minit 50 saat itu mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani wabak COVID-19.

‘How Malaysia Did the Impossible’ hasil terbitan Pfundheller sebelum ini mengiktiraf kejayaan Malaysia melawan Covid-19 dan kini merupakan salah satu negara paling selamat di dunia.-SM

 

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button