Nasional

SMK Bandar Saujana Putra bakal beroperasi Mac ini

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Bandar Saujana Putra yang terbengkalai sejak 2019 bakal beroperasi untuk sesi baharu Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkongsi berita gembira tersebut menerusi video di Facebook pada Jumaat ketika hadir meninjau sekolah tersebut.

“Pemakluman lanjut berkaitan pendaftaran murid ke sekolah ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata dengan adanya SMK Bandar Saujan Putra memberi banyak kemudahan dan manfaat kepada ibu bapa di kawasan tersebut bagi membolehkan mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang lebih dekat.

Sebelum ini, beliau berkata telah meninjau pembinaan SMK Bandar Saujana Putra yang terbengkalai dan telah meminta projek tersebut disiapkan segera.

“Mengetahui kesukaran ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah, kami dapat merasakan betapa mereka tertunggu-tunggu bilakah SMK Bandar Saujana Putra ini boleh mula beroperasi.

“Memahami kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid, saya telah meminta supaya projek ini dipulih dan disiapkan segera serta dipantau dari semasa ke semasa,” katanya. -SM

(Visited 547 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button