Alam SekitarNasional

Pembenihan awan di tujuh kawasan empangan

Paras air dijangka turun

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembenihan awan akan dilakukan di tujuh kawasan empangan yang dijangka mengalami paras air menurun berikutan gelombang haba akibat fenomena El-Nino.

Tujuh kawasan yang dikenalpasti itu adalah Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau di Sarawak, katanya.

“Petang ini, saya akan terus ke Sungai Muda dan Sungai Kedah untuk melihat sendiri keadaan di sana dan mengambil tindakan segera iaitu dari segi pembenihan awan.

“Soal pembenihan awan dilakukan segera (dengan) kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di beberapa kawasan empangan air,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Perdana Putra, hari ini.

GAMBAR CARIAN DI GOOGLE – Pembenihan awan – GAMBAR ASTRO AWANI

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi lapan daerah di Semenanjung Malaysia.

Ia membabitkan Pekan, Bera dan Rompin di Pahang; Segamat dan Muar di Johor; Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan serta Padang Terap di Kedah.

Menurut kemas kini cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia, lapan daerah itu mencatatkan amaran tahap kuning setakat pukul 4.45 petang semalam.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut diarah bersiap siaga dengan pengagihan air untuk kegunaan domestik.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, 406 lokasi utama dijangka berlaku kebakaran terbuka ketika cuaca panas kerana kawasan itu bertanah gambut.

“Sebanyak 616 operasi pemantauan 24 jam dijalankan di kawasan yang selalu berlaku kebakaran terutamanya kategori kawasan kebun dan ladang, hutan, belukar berlalang serta kawasan sampah,” katanya.

 

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button