EkonomiNasional

Perkara yang perlu difikirkan KWSP sebelum jual PLUS

KUALA LUMPUR – Dipertengahan 90an, antara Melayu terkaya di Malaysia ialah Halim Saad.

Harta UMNO yang dipindahkan 1988 kepada Halim dan isterinya Noraini pegang RM3.5 bil, Anuar Othman RM500 juta. Hebatnya geng MACOBA zaman tu hanya Allah yang tahu.

UEM, Renong, Time.Com dan beratus syarikat termasuk Ah Long – UBCO – bagi pinjam duit, charge tinggi. BBMB, Bank of Commerce, Commerce Asset, semua mereka punya.

IPP, media mereka control hinggakan Hottick ,kilang besi milik National Steel Corp Philipines yang dikuasai Joseph Chong pun Halim boleh bayor RM3 bil. Hangus gitu saja.

PLUS, Intria antara yang dikuasai Halim. Tiga bulan buat appointment pun tobat tak boleh jumpa.

Bila market crashed 1997, Halim antara peminjam bank terbesar dgn hutang RM30 bil,diikuti Tajuddin Ramli RM16.5 bil, Vincent Tan RM7 bil.

Danaharta , Danamodal, CRDC, Danasaham terpaksa ditubuh untuk selesai masaalah mereka.

Sebahagian dari RM125 bil NPL puak ni punya. Sime Bank hampir RM15 bil, BBMB RM7 bil di urus Danaharta dan RM22 bil lagi dari Sime, BBMB, Commerce Asset di urus Danamodal.

Pada 3/9/97 Kabinet lulus RM60 bil untuk beli saham terpilih, majoriti milik Halim & geng.
Pertengahan Nov 97 Anwar suspended KLSE ,bagi laluan pada UEM- Renong reverse takeover tanpa MGO.

KLSE rugi RM70 bil ( 20%) dalam masa 3 hari. EPF, Khazanah, PNB, Petronas antara yg dipaksa ambil alih syarikat syarikat yg rugi termasuk Putra, STAR.

Panjang kalau nak tulis, elok lah EPF fikir 10 kali sebelum jual PLUS kepada puak puak ni. Beratus bilion lesap antara 1997-2003 disebabkan kroni yang sama, PM yaang sama, Penasihat Ekonomi, Kewangan yang sama.

Catatan oleh Roslan Latif di media sosial

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button