Mahkamah

Syarikat, peruncit minyak masak melayang RM30,000

MELAKA 3 Februari – Sikap tamak menjual minyak masak melebihi had kuantiti yang dibenarkan serta menyimpan barangan kawalan di tempat yang tidak dilesenkan menyebabkan sebuah syarikat pembekal serta peruncit masing-masing didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh di sini hari ini.

Dalam perbicaraan berasingan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, syarikat pembekal, Lesong Food Industries Sdn. Bhd. diwakili pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Taha membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut didakwa menjual sebanyak 140 unit minyak masak seberat 5 kilogram (kg) jenama Lesong dengan jumlah 1,200kg kepada syarikat Era Prestij Resources iaitu melebihi had kuantiti
lesen syarikat itu.

Perbuatan tersebut didakwan dilakukan di Era Prestij Resources, Melaka Halal Hub Serkam Fasa 2, Merlimau, Jasin, kira-kira pukul 3.30 petang, pada 4 Oktober 2021.

Syarikat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda
sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta maksimum bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

 

Sementara itu bagi pertuduhan berasingan peruncit yang juga pemilik Syarikat Era Prestij Resources, Samchah Abdullah, 51, turut membuat pengakuan bersalah di hadapan Nariman dan turut didenda RM30,000.

Tertuduh didakwa menyimpan barangan kawalan di tempat yang tidak dilesenkan iaitu 140 unit minyak masak jenama Lesong, 216 unit gula pasir jenama CSR, 30 unit tepung gandum jenama Cempaka dan 60 unit tepung
gandum jenama Ros pada masa dan tempat yang sama.

Samchah didakwa mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda sehingga RM1

juta atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP), Syazwani Zawawi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button