Bola SepakSukan

‘Ada orang cuba jahanamkan saya’

MESUT OZIL berkata, terdapat ‘individu yang cuba memusnahkan dia’ di Arsenal sejak dua tahun lalu, tetapi kontraknya kini hanya berbaki setahun sebelum meninggalkan kelab itu pada musim panas akan datang.

Ozil, 31, telah ‘dibekukan’ oleh Mikel Arteta sejak bola sepak disambung semula, dia tidak bermain walau satu perlawanan, malah dibenarkan meninggalkan England untuk percutian awal berbanding menyertai skuad Arsenal yang menjuarai Piala FA, pada awal bulan ini pergi bercuti.

Menurut laporan ESPN, Ozil bertekad untuk kekal di Arsenal meskipun kelab mahu menjualnya kerana bayaran gajinya yang mahal iaitu 350,000 pound (RM1.91 juta) seminggu, selain keengganannya menyertai rakan sepasukan yang lain untuk menerima potongan gaji sebanyak 12.5 peratus bagi membantu kelab menangani masalah kewangan yang terjejas ekoran pandemik coronavirus.

Ozil merupakan salah seorang daripada tiga pemain yang enggan gaji mereka dipotong.
Sebelum perintah berkurung dilaksanakan, Ozil disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk semua 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah teraju Arteta dan bekas pemain antarabangsa Jerman itu yang juga berdepan kesukaran ketika Unai Emery membimbing Gunners, mendedahkan alasan mengapa dia diketepikan daripada skuad sejak itu.

“Sebagai pemain, kami semua mahu menyumbang khidmat kami. Tetapi kami memerlukan lebih banyak informasi dan banyak persoalan tidak berjawab.
“Semua orang tidak kisah dengan penangguhan kerana terdapat begitu banyak ketidakpastian, saya sebenarnya tiada masalah untuk menyumbang dan sedia dipotong gaji jika diperlukan, sebaik sahaja masa depan bola sepak dan kedudukan kewangan dapat dilihat dengan jelas.
“Tetapi kami tergesa-gesa tanpa sebarang perundingan yang betul. Mana-mana individupun yang berada dalam situasi ini, anda mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya, bagi memahami mengapa ia berlaku dan di mana wang itu dibelanjakan.


“Tetapi kami tidak diberikan maklumat yang secukupnya, kami hanya perlu memberikan keputusan. Ia terlalu tergesa-gesa untuk sesuatu perkara yang penting dan banyak tekanan.

“Ini sangat tidak adil, terutama untuk pemain muda, dan saya enggan bersetuju. Saya ada anak di rumah dan komitmen untuk keluarga di sini (London), di Turki dan juga di Jerman, selain aktiviti kebajikan saya, termasuk projek baharu yang kami lakukan untuk membantu penduduk susah di London, ia semuanya datang daripada hati, bukan untuk publisiti.

“Orang yang mengenali tahu saya seorang yang pemurah dan setakat ini, saya sedar, saya bukanlah satu-satunya pemain yang menolak gaji kami dipotong, tetapi hanya nama saya yang keluar.

“Saya rasa ia disebabkan diri saya dan selama dua tahun, ada yang cuba untuk menjahanamkan saya, membuat saya tidak gembira dan melakukan agenda dengan harapan penyokong membenci saya.
“Mungkin pendirian saya itu memberi kesan kepada peluang saya di dalam padang, saya tidak tahu. Tetapi saya tidak takut untuk menyatakan pendirian jika saya betul, dan apabila anda lihat apa yang terjadi kepada kerjaya saya, mungkin telahan saya selama ini benar,” kata Ozil kepada The Athletic.

Arsenal mengumumkan mengenai 55 pemotongan kerja dilakukan awal minggu ini, selain turut melakukan perkara sama terhadap pasukan pencari bakat kerana kelab mula terkesan terhadap pendemik dan kegagalan beraksi dalam Liga Juara-Juara untuk musim keempat.

Masalah kewangan menyebablan kelab bertekad untuk menjual Ozil, tetapi dia menegaskan: “Saya sendiri yang akan memutuskan bila saya mahu pergi, bukan orang lain. Saya tidak menurunkan tandatangan untuk dua atau tiga tahun, tetapi empat tahun dan ia sepatutnya dihormati oleh semua orang.

“Keadaan nampaknya semakin sukar, tetapi saya sayangkan Arsenal, saya suka bekerja dan sayangkan mereka yang berada di kelab itu. Saya sayangkan London, ia merupakan rumah saya.

“Apa sahaja yang berlaku sejak dua musim lalu, saya gembira. Saya tidak pernah berputus asa. Saya mahu membantu pasukan dan saya akan memperjuangkannya. Jika saya cergas, saya tahu apa yang boleh saya sumbangkan ketika di dalam padang.” – ESPN – SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button