Politik

Muhyiddin ceria, Anwar sugul

Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan ceria ketika tampil di hadapan media, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan agak sugul.

Muhyiddin juga memaklumkan beliau telah menerima surat dari Istana Negara yang mahukan beliau memenuhi perkara yang dititahkan.

Anwar pula memaklum beliau pula mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun pada masa ini Muhyiddin yang mengetuai Perikatan Nasional (PN), Anwar dengan Pakatan Harapan (PH) masih tidak mempunyai cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

Sehubungan itu mereka perlu melamar sokongan untuk jadi sekutu paling besar iaitu GPS di Sarawak dan GRS di Sabah.

GPS bakal menjadi penentu atau kingmaker.

Melihat situasi semasa GPS lebih mesra dengan PN, manakala PH telah lama berseteru.

GRS pula memang sudah sebelah kaki di dalam PN.

Barisan Nasional (BN) masih lagi mendiamkan diri.

Keputusan rasmi setakat pukul 4 pagi Ahad menunjukkan tiada satu pun daripada gabungan parti utama di negara ini dapat membentuk kerajaan secara sendiri, kerana tidak mencapai jumlah majoriti yang diperlukan iaitu 112 kerusi.
Pengumuman terakhir oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menunjukkan, Pakatan Harapan mendahului dengan 78 kerusi diikuti Perikatan Nasional (73), dan Barisan Nasional (29).
Sementara di sebelah Borneo, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai 29 kerusi diikuti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memperoleh 6 kerusi dan Parti Warisan (3 kerusi).
(Visited 729 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button