Nasional

Tun M ziarah jenazah Tun Rahah

BEKAS perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah balu kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu.

Dr Mahathir yang menaiki kereta Mercedes berwarna biru gelap, tiba sekitar jam 9.05 pagi bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Masjid Ar-Rahah, di Kampung Kerinchi.

Rahah, 87, yang merupakan ibu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia, petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, tengah hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata, beliau terhutang segala-galanya kepada Tun Razak.

Beliau mengimbas kembali pemecatannya dari UMNO dan bahawa orang yang dipecat sebelum beliau tidak pernah kembali kepada parti.

“Tetapi beliau (Tun Razak) bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada UMNO tetapi kemudian melantik saya sebagai menteri penuh. Saya digambarkan sebagai anak emas Tun Razak,” kata Dr Mahathir menerusi catatan dalam blognya pada 18 Januari 2016.

Catatan penuh Dr. Mahathir mengenai Allahyarhan Tun Razak:

1. Adalah sukar untuk membayangkan bahawa 40 tahun telah pun berlalu sejak peninggalan Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang merdeka, yang dihormati dan dikasihi.

2. Tatkala menonton dokumentari TV mengenai kehidupan dan zaman beliau, saya tidak tahan berasa sedih. Itulah zaman yang gemilang. Pemimpin pada masa itu berdedikasi, cenderung untuk membangunkan negara dan menangani jurang perbezaan dalam masyarakat Malaysia. Tun Razak adalah orang yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

3. Dia pisahkan diri dari tali ikatan Komanwel British, dan melawat Rusia dan Cina. Angin perubahan bertiup kuat.

4. Adalah amat menyedihkan dia diambil pergi dari kita begitu awal.

5. Saya sudah tentunya berasa amat sedih kerana saya terhutang segala-galanya kepada beliau. Saya dipecat daripada UMNO dan orang-orang yang dipecat sebelum saya tidak pernah kembali. Kerjaya politik mereka rosak.

6. Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali ke pangkuan tetapi kemudiannya melantik saya sebagai seorang menteri penuh. Saya telah digambarkan sebagai anak emas Tun, yang menimbulkan kemarahan ramai orang kuat UMNO.

7. Sebagai seorang doktor saya perhatikan pada awal lagi bahawa kesihatan beliau semakin merosot. Pada satu majlis di bangunan Parlimen sebelum berlepas ke UK, beliau menarik saya ke sebelah dan memberitahu saya bahawa dia sedang menghidapi leukemia. Dia memberitahu saya untuk bercakap dengan doktor beliau, Dr. Macpherson. Saya berbuat demikian, dan tahu bahawa tempoh “remission” (keredaan sementara penyakit atau kesakitan) akan menjadi pendek dan lebih pendek. Dia tidak akan dapat terus hidup lama. Tetapi saya tetap terkejut apabila mendengar beliau meninggal dunia. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Beliau berkeupayaan melakukan perbezaan yang besar kepada masa depan negara ini yang beliau berjuang begitu keras untuknya.

8. Bagi saya kerugiannya adalah peribadi. Tun Hussein yang menggantikan beliau tidak pernah rapat dengan saya dan saya fikir ini adalah akhir bagi kerjaya saya.

9. Tetapi tidak. Tidak, kerana Tun Razak telah bercakap sesuatu yang baik untuk saya kepada Tun Hussien.-SM

(Visited 1,516 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button