Hiburan

Ada 100,000 pengikut, Fara Fauzana cari akaun Facebook palsu guna namanya

Penyampai radio dan pelakon popular, Fara Fauzana mahu mencari individu yang mengendalikan sebuah akaun Facebook dengan menggunakan namanya ‘Fara Fauzana’.

Berkongsi perkara tersebut di Twitter, Fara menyatakan akaun berkenaan masih lagi aktif dan kini sudah mempunyai lebih 100,000 followers.

“Minta tolong boleh? macam mana nak tahu siapa yang handle akaun Facebook Fara Fauzana ni?

“Ini bukan Facebook saya tapi dah smpai lebih 100 ribu followers. Aktif sangat berkongsikan cerita yang tak betul dan tak manis dengan menggunakan nama saya,” katanya.

Menurut Fara, dia juga sudah banyak kali membuat laporan kepada pihak Facebook, tetapi akaun berkenaan masih lagi aktif.

Jelasnya, pihak yang mengawal akaun berkenaan banyak berkongsi cerita-cerita yang tidak sahih.

“Dah banyak kali saya report di FB tp tetap kongsikan cerita-cerita yag tak sahih dan mencurigakan. Itu tak kira cerita dalam kelambu dan kaitkan saya dalam post tu.

“Kalau minat dan nak bekerjasama boleh beritahu. Meh borak sebelum saya borak dengan polis,” tegasnya.

Menurutnya, satu-satunya akaun Facebook rasmi miliknya adalah menggunakan nama ‘Realfafau’. -SM

(Visited 626 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button