Politik

BN belum bincang calon bertanding PRK Kuala Terengganu

BARISAN Nasional (BN) belum membincangkan calon akan bertanding dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu 12 Ogos ini, kata  Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita belum lakukan perbincangan mengenai Parlimen Kuala Terengganu,” kata Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri pada sidang media Majlis Hari Anugerah Pendidik Mara.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada BN sudah mempunyai calon untuk PRK itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN enam negeri pada 12 Ogos ini.

Untuk rekod, hari penamaan calon pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dan hari mengundi, 12 Ogos.

PRK Kuala Terengganu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu membatalkan kemenangan calon PAS, Ahmad Amzad Hashim di kerusi itu dalam PRU15 November lalu.

Dalam pada itu, Zahid berkata, beliau sendiri akan mengumumkan senarai semua calon BN yang akan bertanding pada PRN enam negeri.

“21 Julai ini (Jumaat) malam nanti saya sendiri, Pengerusi BN akan mengumumkan semua calon BN bagi enam negeri di Pusat Dagangan Dunia (WTC),” katanya. – SM

BACA Belajarlah hormati rakan komponen lain – TPM Zahid Hamidi

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button