fbpx
Hiburan

Achey sedih lihat kemelut keluarga Ali Puteh, Balu Abam

TINDAKAN saman menyaman antara pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya yang juga isteri kepada arwah Abam, Siti Nor Hidayah Mohd Ali mengundang rasa sedih kepada Achey.

Achey yang merupakan ahli kumpulan Bocey bersama arwah Abam dan Fad berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan dengan baik.

“Memang sedihlah bila tengok perkara ini terjadi tetapi nak buat macam mana, kami dah cuba nasihat.

“Lagipun kasihan dengan anak arwah, Syed Uthman Hamzah yang masih kecil dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Apatah lagi bila dia sudah besar, nanti anak itu pun keliru siapa yang betul dan siapa yang salah,” katanya.


BACA> Kontroversi curang: Shuk tak kenal siapa dalang penyebar

Dalam pada itu, Achey turut memberitahu yang dia dan rakannya, Fad sudah cuba memberi nasihat kepada kedua-dua mereka.

Namun, mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan seterusnya yang akan diambil kedua-dua pihak dalam kemelut itu.

Konflik timbul apabila Ali memfailkan saman balas terhadap Hidayah yang semalam, mengakui memindahkan wang daripada akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arwah.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari menghidap demam panas.

BACA> Tindakan Nia Ramadhani bela anjing dipertikai netizen

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gombak, Selangor. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button