fbpx
Nasional

Abu Chin Peng: Tugas kita jaga orang hidup, bukan orang mati

UMNO tidak mempunyai masalah dengan tindakan pihak-pihak tertentu membawa pulang abu mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia selagi tidak melanggar undang-undang.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dari sudut agama sekali pun, Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan jenazah bukan Islam, baginda menghormatinya.

“Pertama sekali, sebahagian besar tugas ni kita jaga orang hidup dan bukan orang mati. Tapi kalau ambil dari sudut agama, Rasulullah kalau baginda berdepan dengan jenazah bukan Islam, baginda menghormati.

“Ertinya Nabi Muhammad SAW menghormati si mati tanpa mengira agama selagi tak melanggar dengan perkara yang berkaitan kita punya agama.

“Saya fikir kita bukan parti kerajaan. Jadi kita boleh bercakap sebagai satu parti politik atau individu, saya rasa kita harus menghormati apa-apa yang ingin dilakukan oleh keluarga asalkan tidak melanggari undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Abu Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang meninggal dunia pada 2013 telah dibawah pulang ke Malaysia pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya.

Menurut kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.

Separuh daripada abu itu ditabur di negeri kelahiranya, Perak iaitu di laut berhampiran, dan sebahagian lagi  di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.

Kata Annuar, apabila seseorang sudah meninggal dunia, tidak ada bezanya sama ada dia Chin Peng atau orang lain.

“Yang kita susah dengan orang hidup. Jadi kita tak ada masalah sebab kita tak ada kuasa,” katanya.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button