Politik

Abdul Hadi dilantik Duta Khas PM ke Timur Tengah bertaraf menteri

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Pelantikan tersebut diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebentar tadi.

[BACA ARTIKEL] Duta Khas: Abdul Hadi manfaat pengalaman bantu kerajaan pimpin agenda ummah

Ahli Parlimen Marang itu merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

Abdul Hadi Awang merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

“Beliau pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016,” menurut kenyataan itu.

Abdul Hadi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Abdul Hadi yang tidak tersenarai menganggotai Kabinet Pakatan Nasional pernah berkata, Pas tidak meletakkan apa-apa syarat dan beliau tidak ada masalah jika tidak dilantik sebagai menteri dan boleh kembali ke kampung menjadi nelayan.

Kabinet yang dibentuk katanya perlu terdiri mereka yang berwibawa dan berintegriti ini adalah penting untuk memulihkan keadaan negara.

Tambah beliau, matlamat utama adalah untuk menyelamatkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Oleh itu katanya kerajaan tidak terburu-buru dan memperhalusi satu persatu termasuk melihat kembali apa janji-janji kerajaan terdahulu dan tidak ada masalah untuk dilaksanakan jika ia baik. -SM

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button