Alam SekitarNasional

Sampah sarap menimbun di bulan puasa

SEHARUSNYA rakyat Malaysia mempunyai mentaliti bertaraf dunia dengan kesedaran sivik yang tinggi terutamanya dalam pembuangan sisa pepejal atau sampah sarap.

Keseronokan orang ramai membeli makanan berbungkus di Pasar Ramadan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan mendadak kutipan sisa pepejal pada minggu pertama bulan puasa di Perlis.

Senario itu amat menyedihkan kerana seharusnya di hari baik, bulan baik ini, kita membawa bersama nilai-nilai kebersihan yang turut diajar dalam Islam.

17 warga emas diraikan pada majlis ‘Ramadan Kita’ EISB dengan kerjasama Mydin Malaysia di Rumah Sejahteran Batu Bertangkup, Chuping, Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd (EISB), Zaki Abdul Aziz Daud berkata, minggu pertama Ramadan, sebanyak 1,093 tan sisa pepejal dikutip berbanding 959.27 tan pada minggu pertama, Mac lalu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menjadikan amalan membawa bekas dari rumah ke Pasar Ramadan bagi mengurangkan  penggunaan plastic, kata Zaki.

“Beli makanan yang secukupnya bagi mengelak pembaziran sekali gus mengurangkan jumlah pelupusan sampah di bulan mulia ini,” katanya kepada media usai majlis ‘Ramadan Kita’ EISB dengan kerjasama Mydin Malaysia di Kangar, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, 17 warga emas berusia antara 62 hingga 83 tahun dari Pusat Jagaan Baitul Hanan dan Pusat Jagaan Batu Bertangkup diraikan.

Setiap warga emas diberikan kelengkapan Aidilfitri seperti baju raja, kuih dan duit raya RM100 setiap seorang.

Untuk rekod, EISB menganjurkan program ini sebagai melaksanakan tanggungjawb sosial korporat (CSR) terhadap warga emas agar Ramadan kali ini membawa lebih makna kepada mereka.

Program kongsi rezeki Ramadan pada kali ini juga mendapat sokongan daripada Mydin yang telah menyumbangkan pakaian hari raya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, sila hubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472, talian ini beroperasi 7 hari seminggu dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. – SM

(Visited 415 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button