HiburanNasional

“Abang sahut cabaran Bank Rakyat”

Mamat Khalid tampil dengan arahan iklan komersial pertamanya menerusi iklan raya berjudul “Raya Tetap Raya“

Walaupun lebih dikenali sebagai pengarah filem dan sutradara tersohor tanah air, Mohamad bin Mohd Khalid, atau nama popularnya Mamat Khalid, menyahut cabaran Bank Rakyat tampil dengan arahan iklan komersial pertamanya menerusi iklan raya berjudul “Raya Tetap Raya“.

Mamat Khalid

“Setelah 20 tahun berkecimpung dalam bidang perfileman, abang rasa peluang yang diberikan oleh Bank Rakyat ini merupakan satu titik permulaan baharu dalam karier abang yang sememangnya abang nanti-nantikan selama ini,” ujar Mamat Khalid.

Ditanya mengenai konsep iklan raya tersebut, Mamat Khalid berkata, konsep “Raya Tetap Raya“ yang diberikan oleh Bank Rakyat amat bertepatan dengan jalan cerita yang ingin ditekankan oleh beliau dalam hasil karyanya yang mana kehadiran bulan Syawal merupakan satu kemenangan buat umat Islam selepas sebulan berpuasa dan harus diraikan dengan gembira walau apa pun cabaran yang mendatang.

Tambah beliau, iklan “Raya Tetap Raya“ ini membawa mesej kepada masyarakat bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tidak menghalang kita untuk meraikan tradisi sambutan Syawal seperti kebiasaannya dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi menerusi penggunaan komunikasi secara maya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, “Keistimewaan iklan “Raya Tetap Raya” Bank Rakyat ini ialah ia memaparkan bagaimana sambutan Syawal di luar kebiasaannya memberi impak kepada kanakkanak perempuan berusia sembilan tahun yang tidak dapat pulang beraya di kampung bersama atuk dan neneknya.”

“Selain itu, peminat filem komedi tempatan terutamanya filem arahan Mamat Khalid juga boleh menikmati naskhah baharu beliau menerusi iklan raya yang berdurasi selama tiga minit tersebut yang dijangka akan mencuit hati penonton,” ujar Nizam Sani. – SM

(Visited 340 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button