JenayahNasional

Hantar barangan sumbangan, bukan ziarah Aidilfitri

Jimmy Puah, ADUN Bukit Batu sedia bagi kerjasama kepada polis

“SAYA akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan mereka dan sekiranya hasil siasatan mendapati saya telah melanggar SOP, saya rela menerima hukuman dan membayar kompaun sewajarnya.”

Begitulah kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang dipetik dalam laporan BERNAMA.com.

Apa nak dihairankan dengan kenyataan Jimmy Puah itu kerana awal-awal lagi, beliau menyatakan bahawa beliau sedia menerima hukuman kompaun sekiranya didapati melanggar SOP ziarah Hari Raya Aidilfitri.

Perbuatan itu dikesan dilakukan oleh ADUN berkenaan di lokasi Taman Desa Jaya, Ulu Tiram pada Khamis lalu ketika umat Islam meraikan 1 Syawal 1442H tanpa boleh ada apa-apa pergerakan terutamanya balik kampung dan hanya berhari raya bersama keluarga yang tinggal di dalam rumah yang sama. Kalau ada jiran yang menerima kunjungan, diminta hubungi polis untuk membuat laporan atas situasi itu.

Alasan Jimmy Puah memang seronok diungkap sekali lagi hari ini, mengapa beliau pergi ke sebuah rumah di kawasan berkenaan pada Khamis lalu?

Ya, tidak lain dan tidak bukan, alasan yang diberikan oleh beliau dalam kapasitinya sebagai seorang ADUN (masa inilah muncul ADUN) adalah untuk menghantar barangan sumbangan kepada wakil wanita PKR untuk diedarkan kepada golongan ibu tunggal dan asnaf.

Tegas Jimmy Puah, beliau bukannya ziarah Aidilfitri seperti mana yang didakwa sebaliknya, hantar sumbangan.

Yang penting di sini, kalau hasil siasatan didapati bersalah, Jimmy Puah bersedia bayar kompaun yang semestinya, selepas melunaskan atau tidak, lepas lagi selepas langgar SOP. – SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button