Luar Negara

Tiga artis popular antara calon PEMILU Indonesia 2024

Kris Dayanti, Harvey Malaiholo, Marcell antara calon pilihan raya Indonesia 2024

INDIA, Pakistan dan kini Indonesia membariskan artis-artis terkenal mereka seperti penyanyi sensasi Kris Dayanti, aktor Rano Karno, Harvey Malaiholo, penyanyi Marcell Siahaan, penyanyi Once Mekel dan beberapa nama lain sebagai calon dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024.

MARCELL

Nama-nama mereka telah didaftar untuk mencuba nasib sebagai calon Ahli Parlimen Pemilu 2024.

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) khususnya mengesahkan 14 selebriti akan bertanding di bawah bendera parti politik itu.

“Ada sekitar 14 individu terdiri daripada kalangan budayawan, seniman dan juga artis yang memang terbukti memiliki persaingan yang sangat kuat,” kata Setiausaha Agung PDIP, Hasto Kristiyanto seperti dilaporkan portal berita Indonesia.

HARVEY MALAIHOLO

Kesemua 14 artis yang bertanding atas nama PDIP adalah seperti berikut:

  1. Rano Karno
    2. Rieke Diah Pitaloka
    3. Kris Dayanti
    4. Harvey Malaihollo
    5. Junico Siahaan
    6. Once Mekel
    7. Marcell Siahaan
    8. Taufik Hidayat Udjo
    9. Denny Cagur
    10. Tamara Geraldine
    11. Sari Yok Koeswoyo Koes Plus
    12. Andre Hehanusa
    13. Lucky Perdana
    14. Roni Sianturi
RANO KARNO

Menurut Hasto, kesemua calon berkenaan telah menjalani program kepimpinan dan diharap dapat membantu meraih undi daripada rakyat di seluruh wilayah Indonesia.

“Mereka yang dicalonkan telah mengikuti pendidikan politik dan program kepemimpinan dan diingatkan tugas-tugas wakil rakyat haruslah seiring dengan peranan pemimpin nasional dalam membawa kemajuan Indonesia Raya,” katanya.

Selain PDIP yang menampilkan 14 artis, sebuah lagi parti politik iaitu Parti Nasional Demokratik (Nasdem) yang dipimpin tokoh elit, Surya Paloh juga tidak ketinggalan memberi peluang kepada sejumlah artis merangkumi penyanyi, pelakon drama, pengarah filem dan pengacara televisyen.

Antaranya ialah pengacara terkenal, Choky Sitohang, penyanyi dangdut, Annisa Bahar, penyanyi Reza Artamevia serta pelakon drama, Ali Syakieb. – SM

BACA Gambar Elon Musk Dan Jokowi Cetus Perbualan Yang Tak Berkesudahan!

 

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button