Hiburan

Aaron Aziz dan Syamsul Yusof panas: Bro-bro kena profesional

NAMA-NAMA yang dikenali dalam industri hiburan Malaysia panas dan berantakan gara-gara nama digugurkan daripada produksi penggambaran.

Hubungan bro-bro di antara pengarah, Syamsul Yusof dengan aktor kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz tidak semesra alam.

Menggunakan media sosial, Aaron meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Tuan Director muda itu yang menggunakan tiga alasan untuk menggugurkan namanya.

Sedangkan Aaron menuntut dia telah melakukan apa yang disuruh oleh Syamsul sebagai persiapan untuk berlakon dalam filem berjudul Original Gangster !

Tiga alasan nama besar pelakon Singapura itu digugurkan ialah SUDAH TUA, GEMUK DAN SLIP DISC!

Mendengarkan judul filem berkenaan, logik akal pastinya aka nada banyak fighting scenes atau dalam erti kata lain, tentu ada banyak aksi lawan-lawan.

BACA Syamsul Yusof nafi pernah lakukan persetubuhan luar nikah dengan Ira Kazar

Kalau faktor usia menjadi punca nama Aaron digugurkan, rasanya itu boleh digantikan dengan penggunaan stunt man.

Kalau ada fighting scenes yang berat-berat, dengan keadaan slip disc Aaron, kehadiran pelakon pendua atau pelakon aksi atau stunt man boleh menjadi solusinya.

Tidak salah kalau aktor tua macam Aaron Aziz berlakon dalam filem aksi kerana ini lakonan, bukan betul-betul nak mendebik!

Sebab yang tak boleh blah ialah Aaron gemuk! Ish! Nak kuruskan badan dalam tempoh tertentu telah diusahakan oleh aktor tersebut.

Namun mungkin bentuk tubuh six packs yang dikehendaki oleh Sang Sutradara tidak dapat dipamerkan oleh Aaron.

Makanya nama Aaron digugur dan menurut penjelasan anak Pengarah popular, Datuk Yusof Haslam ini, keputusan menggugurkan nama Aaron bukan datang daripada dia seorang.

Sebaliknya, dakwa suami Ira Kazar ini, perkara menggugurkan nama Aaron telah dibawa bincang bersama rakan-rakan produser lain.

Filem Original Gangster bukan ada seorang produser sebaliknya ada dua tiga individu lain lagi yang bertindak sebagai produser.

Rakan lakon yang dipetik namanya oleh Syamsul iaitu Beto Kusyairy dan Shaarnaz Ahmad memberi maklumbalas atau feedback tentang Aaron yang menjurus ke arah penolakan.

Aaron terimalah pengguguran nama dan penolakan kehadiran anda dalam filem berkenaan dengan berlapang dada.

Tidak perlu kecoh-kecoh macam orang pompuan! Pong pang pong pang. Adoi, malulah bhai! Dah tu, hubungan bro-bro lu gua antara kamu dengan Syamsul turut tercalar disebabkan sikap yang tidak boleh terima nama digugurkan.

Biar seribu alasan sekalipun diberikan oleh pihak produksi, Aaron tidak sepatutnya seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Tak kanlah tak berlakon dalam filem ini, miss soru bro! Tidak, bukan!

Isu pergeseran Aaron dan Syamsul adalah fokus di sini. Sementara nama Farid Kamil tidak perlu diheret sama dalam artikel ini.

Itu kisah lain, bab lain dan kita semua tahu, antara Farid dan Syamsul, mereka ini PANAS! Chill bro. – SM

BACA Syamsul Yusof hilang fokus di set penggambaran

BACA Sampai paksa ‘cucuk badan’, Aaron Aziz dedah perangai musibat Syamsul Yusof

 

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button