Sukan

Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan.

3 jun, atlet ski air negara Aaliya Yoong Hanifah telah menerima jemputan daripada Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Antarabangsa (IWWF) untuk bertanding di kejohanan Dunia di Birmingham, Alabama Amerika syarikat (AS) yang dijadualkan pada 7 hingga 17 Julai.

Aaliya, 18, dalam satu kenyataan dikongsikan Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia berkata beliau merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara ‘tricks’ Wanita.

Beliau berkata beliau juga salah seorang daripada atlet luncur air dari Asia yang akan bertanding, dengan seorang lagi atlet ialah Saaya Hirosawa dari jepun, yang akan bertanding dalam acara ‘jump’.

Walaupun kekurangan latihan sejak lebih dua tahun akibat COVID-19, saya rasakan yang saya kini berada dalam Langkah yang tepat dan meningkat semula selepas memulakan Latihan secara konsisten.

“Saya percaya saya mampu berada dalam 10 terbaik dalam acara ‘tricks’ Wanita terbuka dan dalam ketegori keseluruhan. Cuma peluncur dari AS, Amarika selatan dan Eropah mempunyai lebih banyak kejohanan setiap bulan berbanding saya, yang menyebabkan ranking mereka lebih tinggi”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaliya berkata beliau mahu cuba menempatkan dirinya pada kedudukan lima terbaik pada Kejohanan Dunia itu dan tentunya akan lakukan yang terbaik bagi meningkatkan lagi kedudukan rangkingnya.

Sebagai persediaan beliau untuk Kejihanan Dunia itu, Aaliya akan ke Florida, AS pada 9 jun di mana beliau akan berlatih di “Pickos Waterski School’ dan berlatih di bawah bekas juara dunia dan pemegang rekod dunia Cory Pickos.

Aaliyah akan diserai jurulatihnya Larry Gisler yang akan bertolak dari Santiago, Chile untuk menyertainya di AS.

Aaliya juga akan bertanding dalam kejohanan di Tasik Grew Polk City, Florida (18-19 jun) dan West Palm Beach, Florida (25-26 jun).

“jadi pada dua kejohanan sebelum Kejohanan Dunia, saya mensasarkan untuk menghampiri atau lebih baik daripada catatan mata terbaik saya, bagi meningkatkan kedudukan rangking dan memperbaiki kedudukan dunia saya,’’ katanya

Aaliyah mahu memperbaiki catatan peribadi terbaiknya dalam ‘trick’ iaitu 7,680 yang beliau lakukan Ketika Kejohanan Asia 2019.

Mac lepas, atlet Malaysia kekal cemerlang di Australia apabila menang emas acara Wanita terbuka di Kejohanan Moomba Maters 2022 di Melbourne.

 

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button