Nasional

AADK akan beri kerjasama penuh kepada EAIC

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin menarik perhatian mengenai laporan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenai aduan AADK Negeri Sembilan melepaskan penagih yang didapati
positif dadah semasa operasi serbuan yang disiarkan dalam siaran media bertarikh 10 Jun 2025.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, berhubung siasatan itu, AADK tidak sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat semua isu salah laku dan pelanggaran integriti.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kakitangan jika didapati bersalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada.

“Sehubungan itu, AADK sentiasa mengingatkan kepada semua kakitangan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh berintegriti dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan berdasarkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

“AADK akan terus bekerjasama erat dengan EAIC dalam usaha peningkatan tadbir urus yang baik dalam agensi khususnya yang melibatkan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku dan integriti dalam kalangan  kakitangan AADK,” katanya dalam kenyataan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button