Hiburan

Mila minta kerajaan benarkan pengeluaran KWSP secara one-off

RAMAI sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan pembentangan Belanjawan 2021 terutamanya berkaitan dengan pengeluaran bagi pencarum Kumpulang Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Majoriti rakyat inginkan pengeluaran dibuat kepada pencarum yang memerlukan dalam bentuk one-off dan bukannya menerusi pengeluaran bulanan iaitu sebanyak RM500 sebulan.

Penyanyi dan usawahan, Mila Jirin atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin berkata, dia sebagai seorang peniaga dapat merasakan keperitan mereka yang terputus pendapatan akibat Covid-19.

Malah, bekas juara program Akdemi Fantasia musim ke lima itu turut meminta supaya kerajaan memperhalusi cadangan agar pencarum dapat mengeluarkan amaun bersesuaian.

“Mereka (pencarum KWSP) minta duit KWSP mereka bukan untuk bersuka ria. Wahai kerajaan bantu mereka yang amat memerlukan.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya mencadangkan mereka yang nak keluarkan duit mereka ini ikut cara moratorium contohnya bagi bukti memang pendapatan merosot, gaji dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahajalah yang difikirkan baik.

“Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan start up untuk mereka berniaga kecil-kecilan. Bantulah mereka wahai kerajaan, rakyat sedang susah,” katanya.

Mila sebelum ini antara artis yang terjejas selepas perniagaa pengurusan perkahwinannya terpaksa dihentikan ekoran Covid-19.

Malah, wanita itu turut membuka gerah menjual buah durian untuk membantu kewangan perniagaannya bagi mengelak pekerja-pekerjanya dibuang. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button