Nasional
Kes baru Covid-19 naik 31 orang, tiada kematian
JIKA semalam hanya dua kes baru dikesan hari ini kes baru meningkat kepada 31 orang. Kes baru terdiri daripada 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 20 kes penularan tempatan.
“Daripada 20 kes penularan tempatan, 19 kes membabitkan bukan warganegara dan 1 kes penularan melibatkan warganegara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.
Tiada kematian dilaporkan, menjadikan keseluruhannya kekal 118 kematian.-SM