Ekonomi
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS selama dua hari bermula hari ini dengan bank pusat Amerika itu dijangka menyokong kadar faedah.
Selain itu, keputusan dasar monetari Bank of Japan (BOJ) juga akan menjadi tumpuan hari ini
Pada 9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada paras 4.7515/7580 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.7600/7645.