Nasional

Pacuan empat roda jatuh gaung, tiga parah

Berpantang maut sebelum ajal

TIGA cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan selepas pacuan empat roda yang dinaiki terbabas ke dalam gaung 10 meter berhampiran Bayaon, Kampung Rangalau Baru, Kiulu di Tuaran, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) selepas panggilan diterima pada pukul 11.57 malam.

“Sejurus anggota tiba, keempat-empat mangsa berusia 12 hingga 44 tahun itu sudah dikeluarkan pekerja pembinaan jalan raya dan orang awam.

“Tiga mangsa yang cedera parah dan seorang cedera ringan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan EMRS dan ambulans,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 12.55 tengah malam, selepas pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi kejadian. – BERITA HARIAN – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button