Parlimen

993 ditahan terbabit Macau scam

POLIS Diraja Malaysia telah menahan 993 orang yang terbabit dalam sindiket penipuan Macau scam di negara ini sepanjang 10 bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, daripada jumpah itu 81 orang merupakan warga asing manakala 912 lagi adalah rakyat tempatan.

Jelas beliau, sejumlah 605 orang yang ditahan telah dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.

Jonathan berkata, sejak Macau scam bermula pada 2006 polis telah bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan untuk membanteras jenayah tersebut.

“Selain itu, pada Mac 2019, sebuah jawatankuasa teknikal jenayah siber yang terdiri daripada polis dan SKMM telah ditubuhkan bagi membanteras jenayah penipuan ini.

“Di peringkat polis, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mengenal pasti dan memantau trend terkini kes jenayah dalam talian serta bekerjasama dengan agensi seperti SKMM yang boleh membantu dari segi kepakaran dan teknologi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.-SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button