Nasional

99.1% populasi dewasa Lembah Kelang lengkap divaksin

LEMBAH Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi wilayah pertama di Malaysia hampir mencapai 100 peratus populasi dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Lembah Kelang kini mencatatkan 99.1 peratus populasi dewasa telah disuntik dengan dua dos vaksin yang diperlukan.

Diikuti Labuan (99.1 peratus), Sarawak (88 peratus) , Negeri Sembilan (86 peratus) dan Perlis (73.2 peratus).

Ketika ini hanya Sabah mencatatkan paras di bawah separuh populasi dewasa telah lengkap divaksin berbanding negeri-negeri lain iaitu 47.9 peratus.


Secara keseluruhan 71.3 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap divaksin sementara 90.0 peratus lagi telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut JKJAV sejumlah 21.080 juta rakyat Malaysia telah disuntik satu dos vaksin daripada jumlah itu seramai 16.680 juta telah lengkap menerima dua dos.

Semalam 322,346 dos vaksin diberikan melibatkan 133,861 dos pertama dan 188,485 dos kedua.
-SM

 

 

 

 

 

 

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button