Politik

Lantikan ADUN Pas di Sabah, bukan sebagai Menteri pun – Jeffrey Kitingan

PRESIDEN parti STAR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meminta rakyat Sabah serta semua ahli parti agar tidak menghiraukan cemuhan dan hinaan yang dilemparkan kepada mereka susulan pelantikan Setiausaha Pas Sabah, Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Jeffrey yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah mengakui, pelantikan Aliakbar itu telah mengundang kritikan dan cemuhan daripada pihak pembangkang.

Beliau berkata, orang ramai khususnya rakyat negeri Sabah tidak memerlukan parti politik yang mengajar mereka tentang perpaduan dalam kalangan agama.

Pemimpin Pas dari semasa ke semasa telah mengeluarkan kenyataan yang menggores hati, perasaan serta memainkan sentiment rakyat dari pelbagai latar budaya dan agama di Sabah, kata Jeffrey.

“Bagaimanapun, Sabah sebagai sebuah negeri yang wajar dijadikan contoh dari segi perpaduan dalam kepelbagaian agama bersama-sama dengan jiran kita, Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aliakbar adalah antara empat individu yang menerima watikah lantikan sebagai ADUN daripada Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini.

Jeffrey turut menegaskan bahawa pelantikan itu adalah prerogatif ataupun hak mutlak Ketua Menteri, Hajiji Noor dan Aliakbar dilantik sebagai ADUN tanpa menjalankan tugas menteri.

“Lantikan beliau bukan sebagai Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri seperti khabar angin yang disebarkan oleh parti pembangkang,” jelas Jeffrey.

Secara keseluruhan, kata Jeffrey lagi, pelantikan empat ADUN adalah bagi meyakinkan barisan kepimpinan baharu dengan gabungan pemimpin lama yang berpengalaman dan pemimpin muda mampu membawa Sabah kembali ke landasan untuk menjadi sebuah negeri maju dan makmur. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button