Uncategorized

97.8% orang dewasa di Lembah Kelang telah disuntik dos pertama

LEMBAH Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini merekodkan 97.8 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Manakala 41.4 peratus penduduk dewasa di Lembah Kelang telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam sejumlah 22.152 juta dos vaksin telah diberikan dengan 14.711 juta melibatkan dos pertama dan 7.440 dos dos kedua.

Sejumlah 62.8 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama manakala 31.8 peratus penduduk dewasa di Malaysia telah lengkap disuntik dengan kedua-dua dos.

Turut mencatatkan angka yang tinggi adalah Labuan yang merekodkan 82.7 peratus peratus penduduk dewasa telah lengkap disuntik dengan kedua-dua dos manakala 95.3 peratus telah mendapat dos pertama.

Sarawak ditempat kedua dengan 68 peratus penduduk dewasa telah lengkap disuntik kedua-dua dos, Perlis (44.2 peratus) dan Negeri Sembilan (41.3 peratus).

Sementara itu 483,368 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 240,394 dos pertama dan 242,974 dos kedua.-SM

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button