Nasionalpilihan

Syarat Muhyiddin adalah demi rakyat

CADANGAN yang dikemukakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan bertujuan supaya Perdana Menteri Baharu dapat menjalankan tugas seperti kehendak rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, kejatuhan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah kerana amalan rasuah dan Pakatan Harapan pula kerana terdapat kes-kes mahkamah yang dilepaskan.

“Sewaktu pentadbiran PN, Muhyiddin memastikan mereka yang berintegriti dan tiada kes mahkamah dilantik dalam pentadbiran termasuk jemaah Menteri.

“Malah, Perdana Menteri (Muhyiddin) seperti ditegaskan olehnya bahawa beliau tidak masuk campur dalam kes-kes mahkamah dengan membiarkan berlaku pengasingan antara  eksekutif, legislatif dan kehakiman,” katanya seperti dilaporkan PNBBC.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan jika Ismail Sabri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri nanti, Ahli Parlimen Bera itu mesti memastikan anggota Kabinet yang dibentuk terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya. -SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button