Politik

Isham Jalil tidak puas hati Muhyiddin bebas tuduhan rasuah, salah guna kuasa

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil pantas menulis tetang keputusan mahkamah membebaskan tuduhan rasuah terhadap Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kecekapan Isham dinukilankan menerusi akaun Facebook beliau dan berikut adalah catatannya yang dikongsi secara terbuka untuk dibaca netizen.

Pagi ini bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin dibebas dari tuduhan rasuah oleh mahkamah tinggi berkenaan kes rasuah RM200 juta dari dana Jana Wibawa.

Fakta tuduhan yang diberi oleh SPRM ialah Muhyiddin telah meminta rasuah lebih RM200 juta di Pejabat Perdana Menteri dari tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn. Bhd., Nepturis Sdn. Bhd. dan Mamfor Sdn. Bhd. Dan RM195 juta telah masuk ke akaun parti Bersatu dari Bukhary Equity sebelum pilihanraya umum tempohari.

Sebab pembebasan yang diberi oleh mahkamah ialah ini kononnya tidak salah mengikut Akta SPRM.

Ini amatlah pelik. Kalau begini, adakah apabila sesiapa jadi Perdana Menteri atau menteri selepas ini maka mereka boleh meminta rasuah dari kontraktor atau syarikat berjumlah beratus juta dari projek kerajaan di mana sumber dana adalah wang rakyat dan hasil cukai, asalkan mereka masukkan ke akaun parti politik mereka?

Saya amat tidak bersetuju. Sebab saya dan rakyat Malaysia bayar cukai bukan untuk menteri-menteri dapat rasuah bagi kegunaan parti politik mereka.

Wang rakyat dan cukai tidak sepatutnya diguna untuk tujuan ini. Dan jika rasuah itu diterima untuk dimasukkan ke dalam akaun parti politik sendiri, ia adalah untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan awam.

Sebab rakyat mempunyai pandangan politik yang berbeza dan membayar cukai bukan untuk menaja parti politik.

Saya gesa supaya Peguam Negara memfailkan rayuan pendakwaan ke atas kes ini di Mahkamah Rayuan. Sebab jika kes ini menjadi keputusan dan duluan undang-undang, maka lebih teruklah rasuah berleluasa di negara ini. – SM

BACA UMNO sudah korbankan prinsip asal perjuangan – Muhyiddin

BACA Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

(Visited 582 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button