Politik

Azhar, Azalina dicadang Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Harun dan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dicadangkan sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Melalui Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul yang disebarkan di media sosial nama kedua-dua mereka diusulkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Azhar bin Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih.

“Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Azalina binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 6(2) yang dibaca bersama Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih,” tulis usul tersebut.

Kedua-dua mereka akan menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof dan Nga Kor Ming sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Nama Mohamad Ariff dan Kor Ming diusulkan untuk mengosongkan jawatan atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan yang mereka sandang.-SM

(Visited 597 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button