Politik

PN bersedia bentuk kerajaan negeri, setuju agihan jawatan

PERIKATAN Nasional (PN) kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah bersedia membentuk kerajaan di enam negeri dan menyelesaikan agihan jawatan dalam kalangan parti komponen sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Bercakap kepada portal berita FMT, Muhyiddin berkata, PN yang akan bertanding di 245 kerusi DUN mahu mengelakkan pergeseran jika mereka berjaya menawan Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang selain mengekalkan pentadbiran di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menurut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, pengagihan bukan hanya membabitkan jawatan menteri besar, ketua menteri, Exco dan ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi juga dalam kalangan ahli-ahli majlis serta ketua-ketua kampung.

Katanya lagi, apabila sudah selesai rundingan kerusi, sudah bermulalah perbincangan tentang pembentukan kerajaan negeri.

Untuk rekod, pada 22 Jun lalu, PN telah memuktamadkan rundingan kerusi di antara parti-parti komponennya.

Turut diputuskan, calon menteri besar bagi Selangor dan Negeri Sembilan akan datang daripada Bersatu manakala PAS mengetuai pentadbiran Kedah, Kelantan dan Terengganu.

PAS akan bertanding di 126 kerusi, Bersatu 83 kerusi dan Gerakan 36 kerusi.

Muhyiddin berkata, PN tidak bimbang dengan kritikan terhadap pelantikan ahli politik untuk mengetuai GLC dengan menegaskan, “perkara sama” turut dibuat oleh kerajaan perpaduan.

“Kalau ada tokoh-tokoh politik berkaliber yang tidak memegang sebarang jawatan dan layak, apa salah dengannya. Tidak semestinya orang-orang korporat sahaja yang dilantik menerajui dalam GLC,” katanya.

GAMBAR HIASAN – GAMBAR FACEBOOK PENDUDUK SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

PRN  kali ini penting untuk PN mengambil alih pentadibiran negeri Selangor memandangkan statusnya sebagai negeri paling maju, menyumbang 24.8% kepada KDNK dengan nilai pendapatan RM300 bilion, kata Muhyiddin.

Walaupun itu bukan mudah dilakukan seperti mana kata beliau, “Kita sedar bukan mudah. Kalau tanya saya dua tiga tahun lalu kalau-kalau boleh ambil alih Selangor…saya kata kita cubalah.

“Tetapi sekarang saya kata Insya-Allah kerana ada satu perubahan lanskap politik selepas PRU,” kataya.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memberi jawapan demikian sambil merujuk kepada gelombang rakyat yang menyaksikan PN menawan banyak kerusi Parlimen di Selangor dengan majoriti besar pada November lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) memenangi 51 kerusi daripada 56 kerusi yang ditandingi. – SM

BACA Pastikan PH tidak menang, undi Perikatan Nasional

BACA Sokongan terhadap Perikatan Nasional semakin meningkat — Muhyiddin

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button