Nasional

90 kes baharu Covid-19 di Sabah

SABAH yang kini menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dengan 90 kes daripada 95 kes baharu dilaporkan dari negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 76 kes daripada saringan Kluster Benteng LD melibatkan 20 bukan warganegara.

Empat kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan seorang bukan warganegara; tiga kes daripada Kluster Selamat;
tiga kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan seorang bukan warganegara di Hospital Lahad Datu dan dua kes saringan bergejala.

Kesemua mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sementara 14 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Ini menjadikan keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 754 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 11 kes kini sedang dirawat di unit rawatan rapi dan dua daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat lagi kes baharu adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara.

Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara dari Indonesia [3 kes Pendatang Asing Tanpa Izin di Selangor] dan China (1 kes krew kapal di Sabah).

Turut direkodkan satu kematian menjadikan jumlah korban akbibat Covid-19 seramai 129 orang.

Kes kematian ke-129 (kes ke-10,145) merupakan perempuan warganegara Filipina berumur 50 tahun.

Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

Mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut namun tidak pergi berikutan kekangan yang beliau hadapi.

Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna, Sabah dan telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19.-SM

 

 

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button