Luar Negara

Nahas pesawat Boeing 737: Keluarga mangsa nahas pesawat China berkabung

Pesawat penumpang terhempas pada 21 Mac

UPACARA berkabung bagi mengenang mangsa tragedi pesawat China Eastern Airlines yang mengorbankan 132 nyawa diadakan di lokasi nahas, petang semalam.

Pasukan penyelamat bertafakur selama tiga minit sambil kedengaran bunyi hon bergema di seluruh kawasan pergunungan di daerah Tengxian, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.

Di samping itu keluarga mangsa turut sama berkabung.

Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming di barat daya China menuju ke Guangzhou terhempas di kawasan pergunungan daerah Tengxian, Guangxi pada 21 Mac lalu.

“Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan 123 penumpang dan sembilan anak kapal pesawat China Eastern Airlines Penerbangan MU5735 telah terkorban.

“Kami amat sedih dengan kehilangan 132 nyawa dan bersimpati kepada keluarga mangsa,” kata timbalan komander yang juga timbalan ketua Pentadbiran Penerbangan Awam China, Hu Zhenjiang.

Sementara itu, seramai 357 ahli keluarga mangsa telah diberikan kaunseling psikologi untuk mengatasi trauma kehilangan insan yang tersayang dalam nahas pesawat tersebut.

Pasukan bantuan psikologi terdiri 99 profesional itu juga bertanggungjawab memberi kaunseling kepada anggota penyelamat. – SM

 

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button