Luar NegaraPolitik

Negara jiran teropong senario politik Malaysia: Dr. M dikatakan ‘sangat senang’ Sheraton jatuhkan PH

PORTAL Berita KOMPAS.com memberi tajuk ‘Mahathir disebut “sangat senang” dengan langkah Sheraton yang jatuhkan Pakaitan Harapan.

Portal itu selanjutnya melaporkan, bekas Perdana Menteri itu “sangat senang’ dengan langkah Sheraton yang akhirnya membenamkan Pakatan Harapan.

Kenyataan itu disampaikan oleh bekas sekutu Tun Mahahtir yang memberi komen tentang politik di mana selain kejatuhan PH, Mahathir juga ditulis sebagai menghundurkan diri daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam kenyataan di Dewan Negara, Parlimen Malaysia semalam, Muhammad Zahid Md Arip menyebut, dilema terbesar Dr. Mahathir ialah beliau tidak boleh secara terang-terangan, menunjnukkan kegembiraannya.

“Beliau tentunya merupakan orang yang paling senang atas gerakan itu namun tidak mampu untuk menyuarakannya secara terang-terangan,” kata Muhammad Zahid seperti dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today.

Muhammad Zahid berkata, dua agenda ekoran langkah Sheraton ialah kejatuhan Pakatan Harapan (PH) dan mendakwa, Anwar Ibrahim tidak boleh menggantikan tempat sebagai Perdana Menteri.

“Dia juga ingin menyingkirkan DAP. Kedua-duanya, sukses,” lapor KOMPAS.com lagi.

Muhammad Zahid sebagai seorang ahli politik bagaimanapun mengakui, beliau bukanlah dalang dari gerakan politik tetapi mengakui, terlibat di dalamnya yang mana langkah itu membendung Anwar dan DAP daripada berkuasa serta atas restu Dr. Mahathir.

Imbasan senario yang dipetik semula oleh portal KOMPAS.com merujuk kepada pengunduran Dr. Mahathir ketika pemimpin UMNO, Pas, PPBM dan PKR berkumpul di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur.

Rentetan daripada itu, senario pemerintahan kerajaan Malaysia berubah dan Indonesia sebagai negara jiran, melihat dengan ruangan hampagas.

Pada Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga hari ini. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button