Hiburan

MKT UMNO Zira Abu Zahar akhiri zaman bujang

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Khaidhirah Datuk Abu Zahar mengakhiri zaman bujangnya hari ini.

Khaidhirah atau mesra dipanggil Dira, 36 bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46. Pasangan itu dinikahkan di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi.

Dira yang bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu dinikahkan oleh abangnya, Muhd Idi Iskandar.

Memetik laporan Berita Harian, Dira menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang dan menerima mas kahwin RM1,000.

Ini adalah perkahwinan ketiga Dira di mana pada 2007, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah atau Ash.

Pada 2011, Dira kembali berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof dan bercerai pada 2016.

Dira dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Anggun Deandra dalam perkahwinan pertama dan mengambil anak angkat, Waris Iskandar Andiqa ketika berkahwin buat kali kedua.-SM

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button