BeritaPolitik

Ku Li vs Tun M, perlawanan ulangan

Tengku Razaleigh Hamzah adalah setakat ini, satu-satunya pemimpin politik yang nyaris menewaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bezanya pertembungan kali kedua ini adalah secara halus dan selembut dipuput bayu.

Pertembungan pertama berlaku pada tahun 1987 bagi jawatan tertinggi UMNO dan sejak kekalahan itu Tengku Razaleigh atau dikenali dengan panggilan Ku Li seolah-olah menjarakkan diri dari UMNO.

Bagaimanapun apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bukan sahaja ada penipuan pada pemilihan 1987, bahkan Ku Li telah kembali ke UMNO selepas Dr. Mahathir keluar menubuhkan Bersatu dan bergabung dengan parti-parti lain di bawah Pakatan Harapan seterusnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya lalu.

Pemimpin lain Tun Abdullah Badawi menyerah kalah sebelum bertempur dengan Mahathir, manakala Datuk Seri Najib Tun Razak kini bukan sahaja kehilangan kerajaan, tetapi berdepan dengan puluhan tuduhan salah guna kuasa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Harapan lain juga merasa penangan Mahathir termasuk terpaksa meringkuk di dalam penjara.

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah mencabar kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan tertinggi UMNO pada tahun 1987, beliau nyaris berjaya menumbangkannya.

Namun Mahathir terselamat oleh peranan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO, pengaruhnya dan berperanan penting dalam menentukan siapa yang menang.

Keputusan Najib yang memihak kepada Mahathir dikatakan telah menyelamatkan karier Mahathir ketika itu.

Jika Najib memihak pada Ku Li pada peristiwa 1987 berkenaan, ramai orang lama UMNO yang setuju bahawa Mahathir akan jatuh terguling secara demokrasi ketika itu.

Portal ini, bagaimanapun berkata, ia adalah sia-sia untuk mengharapkan Mahathir supaya mengenang budi kerana ia adalah sifat semulajadinya sejak lahir.

Najib walaupun menjadi punca kekalahan Ku Li, tetapi beliau tetap menandatangani deklarasi menyokong Najib sebagai perdana menteri.

Zahid juga mendedahkan pada perhimpunan agung UMNO kali ini bahawa Ku Li kini selaku Pengerusi Penasihat UMNO telah memberi panduan kepada para pemimpin yang ada untuk berdepan dengan situasi yang getir pada masa ini.

Siapa yang bakal menang pusingan kedua ini. Apakah Ku Li dengan gaya politik bangsawannya atau Mahathir dengan taichi yang agresif.

 

(Visited 645 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button