Nasional

8,800,700 dos vaksin Covid-19 diberi sehingga semalam

JUMLAH rakyak Malaysia yang telah disuntik dos pertama vaksin Covid-19 kini meningkat kepada 6,261,014 atau 19.2% daripada keseluruhan jumlah populasi.

Sejumlah 2,539,688 atau 7.8% penduduk telah pun lengkap disuntik dengan kedua-dua dos.

Menurut Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF)  8,800,700 dos telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Sejumlah 217,807 dos diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua.

Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor masih lagi tiga negeri tertinggi kadar penduduk menerima dos vaksik.

Di Sarawak sejumlah 1,178,303 orang atau 41.8% populasi telah disuntik dengan dos pertama dan 278,528 (9.9%) lengkap disuntik kedua-dua dos.

Kuala Lumpur pula merekodkan 1,123,942 (63.4%) telah menerima dos pertama dan 232,170 (13.1) menerima dos kedua.

Selangor pula mencatatkan 1,064,412 (16.3%) penduduk disuntik dos pertama dan 342,677 (5.2%) telah disuntik dengan dos kedua.-SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button