Sukan

Sukan Asia Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang emas pertama kontinjen negara

Impian pingat emas pertama kontinjen negara dijelmakan pada hari keempat Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila pelayar wanita negara, Nur Shazrin Mohamad Latif dinobatkan selaku pemenang dalam acara ILCA 6 wanita di sini hari ini.

Atlet berusia 25 tahun dari Pasir Gudang, Johor nyata kental mengharungi ombak kuat di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan yang terletak kira-kira 170 kilometer dari Hangzhou untuk muncul juara kategori tersebut.

Dia kekal di tangga teratas selepas 11 perlumbaan mengutip 25 mata penalti selepas perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana masalah kekurangan angin di Tasik Dongqian.

Nur Shazrin yang memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 merealitikan impian merangkul pingat emas pertama negara dan sekali gus layak bertanding ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Semalam dua pingat gangsa disumbangkan menerusi Asnawi Iqbal Adam dalam acara ILCA 4 lelaki manakala Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen turut menyumbang gangsa menerusi Windsurfing RSX Wanita. – SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button