Nasional

880 penduduk terlibat dalam PKPD di Medan 88, Sepang

KAWASAN Medan 88, Salak Tinggi, Sepang, Selangor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa hari ini sehingga 25 November depan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehingga 5 November lalu, sebanyak 39 kes positif Covid-19 telah direkodkan di kawasan tersebut.

“Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan sebanyak 88 unit rumah kedai, 284 buah premis dan sebanyak 880 orang penduduk,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pelaksanaan PKPD ini juga membolehkan KKM terus melaksanakan saringan bersasar dan mengawal pergerakan individu bagi memutuskan penularan Covid-19 dalam komuniti.

Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD juga adalah sama seperti sebelum ini dengan premis perniagaan bagi barangan keperluan asas dibenarkan beroperasi. -SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button