Politik

Peralihan kuasa: Terpulang kepada saya – Dr M

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini sebulat suara menyerahkan kepada beliau untuk menentukan tarikh peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilaksanakan selepas Persidangan APEC.

“Kita telah bincang panjang lebar berkenaan masa depan parti .

“Ada dua pendapat akhirnya saya rasa bangga semua serah kepada saya, apa saya kata mereka akan turut, peralihan akan berlaku lepas APEC terpulang kepada saya, nak lepas atau tidak, itulah kepercayaan kepada saya, Alhamdulillah,” kata Dr. Mahathir dalam sidang akhbar malam ini.

DR. Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya Malam tadi. Anwar berkata beliau akan bersabar menunggu peralihan kuasa. – BERNAMA

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak tidak ada keraguan terhadap Tun Mahathir selaku Perdana Menteri.

“Saya cadang Tun diberi peluang mentadbir  negara dan tetapkan bila masa yang sesuai. Sementara itu saya kena bersabar,” kata Anwar.

Keputusan mesyuarat majlis itu menafikan desas-desus sebelum yang mangatakan mesyuarat malam ini antara lain akan memberi tekanan kepada Dr. Mahathir supaya menyerahkan kuasa kepada Anwar menjelang Mei.

BERITA BERKAITAN: Majlis Presiden PH akan beri tekanan kepada Dr. Mahathir?

BERITA BERKAITAN: Tun M sedia lepas jawatan jika Majlis Presiden PH mahu

Selain itu, Dr. Mahathir berkata, mesyuarat malam ini juga berbincang tentang Pilihan Raya Sarawak bagi penyusunan kerusi untuk memastikan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri.

Satu konvensyen, kata Dr. Mahathir, akan diadakan bagi membincang dan menyeleraskan pilihan raya negeri Sarawak.

Malah Dr. Mahathir juga pernah menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya serta merta sekiranya Majlis Presiden Majlis PH benar-benar mahukan beliau berbuat demikian.

Kata  Dr. Mahathir peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri diputuskan oleh majlis tersebut yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

“Perkara ini (peralihan kuasa) akan diputuskan apabila empat parti bersama (dalam Majlis Presiden PH) sama ada mereka mahu saya pergi (serah jawatan) atau sebaliknya.

“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi sekarang, saya akan pergi sekarang,” katanya. -SM

 

 

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button