
87 Individu Terima Anugerah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-82
26 Jun 2025 | ARAU – Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-3 sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berlangsung penuh adat dan istiadat di Balairung Seri, Istana Arau petang semalam.
Tuanku Raja Perlis berkenan berangkat menyempurnakan istiadat tersebut, diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Turut berangkat memeriahkan istiadat diraja itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda putera mereka, Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Sebanyak 87 individu telah dikurniakan darjah kebesaran dan pingat sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam pelbagai bidang perkhidmatan awam, sukan, seni dan masyarakat.
Antara anugerah yang dikurniakan termasuk:
-
Ahli Mahkota Perlis (AMP)
-
Pingat Mahkota Perlis (PMP)
-
Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
-
Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
-
Pingat Jasa Baik (PJB)
-
Pingat Perkhidmatan Lama (PPL)
Antara penerima yang menarik perhatian ialah:
-
Mohd Faiz Musa (PMP) – Ketua Jurulatih Angkat Berat Perlis dan bekas atlet Sukan Komanwel
-
Chik Mat Long (PJK) – Pemuzik biola veteran
-
Anis Amira Rosidi (PJK) – Atlet sukan berbasikal negara
-
Nur Fasha Sandha Hassan (PJB) – Pelakon tanah air
Majlis ini menandakan penganugerahan ketiga dan terakhir bagi tahun 2025, sekaligus melengkapkan sambutan ulang tahun keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke-82.