Politik

Ketua Wanita DAP rayu ADUN Rahang kembali bersama parti

KETUA Wanita DAP Chong Eng merayu agar  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh untuk kembali kepangkuan parti itu semula.

Menurut Chong Eng, dia berasa amat sedih dengan tindakan Mary Josephine yang dianggap sebagai rakan seperjuangan yang setia dan komited kepada parti meninggalkan DAP.

ADUN Padang Lalang itu menasihatkan Mary Josephine supaya tidak berputus asa dengan perjalanan yang telah dilalui bersama selama ini.

Mary Josephine Prittam Singh

“Tiada siapa yang tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk mencapai cita-cita bersama kita, tetapi kita semua tidak berjuang besendirian. Kedukacitaan itu adalah sebahagian daripada perjalanan untuk mencapai impian kita.

“Mary Josephine telah berusaha keras untuk berkempen dalam pilihan raya dan pilihan raya kecil selama ini. Beliau adalah salah seorang jurulatih PACA yang terbaik dalam parti.

“Kami berharap untuk melihat Mary Josephine menjadi salah seorang pemimpin wanita yang berdedikasi dan boleh menjadi tauladan kepada ahli parti yang lain, terutamanya dalam sayap Wanita DAP,” kata Chong Eng.

Chong Eng berkata, DAP adalah seperti sebuah keluarga yang besar dan kadang-kala mungkin berbeza pandangan mengenai sesuatu perkara.

Namun sebagai sebuah keluarga, DAP  tidak akan mengabaikan ahli keluarga hanya kerana perbezaan pendapat.

“Saya minta Mary Josephine untuk gambaran yang lebih menyeluruh dan kekal bersama untuk mencapai impian kita semua, sebuah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

“Dalam perjalanan yang berliku, kita tidak berjalan sendiri. Kembalilah Mary Josephine. Kami memerlukan anda,” kata Chong Eng dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Roketkini.

Jumaat lalu, Mary Josephine  yang merupakan ADUN Rahang selama dua penggal membuat pengumuman keluar dari DAP selepas kecewa dengan ahli dan pemimpin DAP Negeri Sembilan.

“Selama 46 tahun sebagai ahli DAP yang berpegang teguh pada integriti serta bekerja berasaskan prinsip dan disiplin parti, saya kini berdepan dengan cabaran yang saya tidak mampu lagi hadapi.

“Tidak ada guna untuk saya terus memberi sokongan kepada pemimpin DAP Negeri Sembilan yang mengecewakan.

“Justeru, saya tiada pilihan melainkan meletak semua jawatan dalam parti dan keluar daripada DAP selaku ahli seumur hidup, berkuat kuasa hari ini,” kata Mary Josephine.-SM

 

 

 

 

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button