JenayahNasional

80 tahanan etnik Rohingya masih dikesan

POLIS masih mengesan baki 80 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, setakat malam tadi, 65 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan tujuh kanak-kanak perempuan belum ditemui.

“Setakat ini, seramai 448 tahanan etnik Rohingya telah ditemui iaitu 229 lelaki dewasa, 89 wanita dewasa, 69 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Hassan berkata, sehingga kini jumlah tahanan yang berada dalam depot tersebut adalah 15 orang dengan kerja-kerja dokumentasi sedang dilakukan sebelum mereka dihantar ke depot tahanan lain.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri.


Bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya. – SM

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button