Luar Negara

8 orang meninggal, huru hara di konsert Travis Scott

SERAMAI lapan orang maut dan berpuluh-puluh orang cedera selepas berlakunya lonjakan orang ramai pada malam pembukaan festival muzik di Houston, Texas.

Menurut laporan BBC, perkara itu menimbul panik selepas orang ramai mula menekan ke arah hadapan pentas di Festival Astroworld yang ketika itu menampilkan penyanyi rap, Travis Scott.

Seramai 11 orang dibawa ke hospital akibat serangan jantung dan lapan orang meninggal dunia dan sesetengah mangsa hanya berusia seawal 10 tahun.

Kira-kira 50,000 orang telah menghadiri acara itu yang kemudiannya dibatalkan.

Hakim Daerah Harris County, Lina Hidalgo, menyifatkan kejadian itu sebagai ‘malam yang sangat tragis’.

“Hati kami hancur.

“Orang ramai pergi ke acara ini untuk meluangkan masa dengan baik, mencari peluang untuk berehat dan untuk membuat kenangan malah tempat seperti ini bukan tempat yang dihadiri di mana kamu jangkakan berlakunya kematian,” katanya.

Astroworld berkata dalam satu kenyataan bahawa hati mereka bersama ‘keluarga festival terutamanya kepada mereka yang kehilangan orang tersayang’ dan memberikan ucapan terima kasih kepada perkhidmatan kecemasan tempatan atas respon mereka.

Insiden itu bermula pada Jumaat, kata Ketua Bomba Houston Samuel Peña.

“Orang ramai mula memampat ke hadapan pentas, dan orang ramai mula panik,” katanya.

Tambahnya lagi, perasaan panik mula bertambah apabila kejadian remuk tersebut menyebabkan kecederaan kepada orang ramai. -SM

(Visited 399 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button