Belang Bertempat

Agong tanpa tengkolok

ESOK dijangka belanjawan negara dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Ramai yang tidak peduli tentang pembentangan belanjawan itu, sebaliknya mereka lebih ghairah dengan tarikh pilihan raya yang diperkenan oleh Istana Negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi orang paling lantang mahukan pilihan raya diadakan tahun ini.

Alasannya pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia dan pada masa yang sama menjangkakan tahun hadapan keadaan ekonomi yang lebih buruk menyebabkan mood pengundi tidak mesra kerajaan.

Namun ramai yang berpandangan desakan Zahid dan konco-konconya itu hanyalah kerana berkaitan dengan kes mahkamah yang dihadapinya pada masa ini.

Selepas dilepas dan dibebaskan kes mahkamah di Shah Alam, Zahid semakin kuat berkokok. Para penyokongnya berpandangan kes di mahkamah Jalan Duta akan dibuang sahaja apabila Zahid berkuasa sepenuhnya.

Idea celaru Zahid bagaimanapun ditentang banyak pihak termasuk pembangkang dan ahli parlimen Perikatan Nasional sendiri kerana hujung tahun ini adalah musim tengkujuh.

Selain tidak sesuai diadakan pilihan raya kerana membahayakan pengundi dan petugas ia akan memberi kesan kepada sokongan rakyat.

Pada pilihan raya lalu apabila diadakan pada hari rabu, rakyat berang dan memutuskan untuk menumbangkan kerajaan BN dan memilih kerajaan baharu.

Kali ini jika diteruskan hasrat Zahid, dikhuatiri situasi yang sama akan berlaku.

Di sinilah ketegasan PM dan Yang di-Pertuan Agong diperlukan untuk melindungi rakyat dari orang politik yang sudah hilang kewarasan dan mahu menjadi “agong tanpa tengkolok”.

Zahid terus berkokok kencang kerana mendakwa beliaulah yang menyelamatkan UMNO daripada diharamkan dan seterusnya dibubarkan.

Walaupun sebenarnya pihak berkepentingan tidak sampai hati sahaja untuk mengharamkan UMNO, walaupun jelas telah melanggar pelbagai peraturan dan undang-undang.

UMNO kini menjadi seperti sebuah kumpulan samseng yang tidak boleh ditegur. Siapa bersuara akan dimalukan dan dipecat.

Bahkan PM sendiri pernah dimalukan Zahid semasa pilihan raya negeri Johor apabila disuruh duduk di barisan belakang semasa meraikan kemenangan BN.

Zahid mahu menunjukkan bahawa PM hanyalah budak suruhan beliau yang tidak berani mengangkat kepala apabila diarahkan.

Perbuatan Zahid itu hanya menambahkan rasa tidak hormat rakyat terhadap beliau.

Beliau mahu menjadi rakyat berjiwa raja, agong tanpa tengkolok.

 

 

(Visited 973 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button